Sunday, August 30, 2009

Ini namanye meroyan!

N3 ini akan penoh dgn kata2 xsdp di baca..kpd sape2 yg xmo kasik puasa dia kurus..sile jgn baca...

Untuk encik-encik jantong..maaf..n3 ini n3 lepas geram. Sbb rasa mcm da nak meletop!

Dl..aku punya teman. Teman yg akhirnya membuat hati aku berbunga2 dan buat aku set dlm pala otak mungkin ko bleh bahagiakan aku tapi ternyata aku silap. Cuba ko ckp..mcm mana aku nak terima ko kalo ko ari2 ulit aku dgn kata2 kononnye ko syg aku tp..akhirnya aku lihat foto ko bermesra dgn bekas kekasih yg pastinya masih kekasih ko tika itu. Tau x..masa tu aku rasa mcm dilanggar tsunami. Hancur luluh hati aku. Tapi..kau pujuk aku dan mengaku itu salah kau..aku maafkan.

Tp..kau buat lg. Kali ini lagi hebat. Kata ko aku segala2nya tp buat kali kedua aku lihat lg foto ko berpelok sakan dgn awek lain pulak. Ko ingat aku ape? xde perasaan? Kali ni aku xmarah ko. X...sikit pon x. Aku senyap jek. Aku bawak diri..jaoh dr ko. Sbb aku kecewa yg sangat. Aku rasa diperbodohkan. Mmg..sakit kali kedua itu buat aku ttp rapat pintu hati aku.

Aku pujuk hati sendiri. Katakan aku dan ko hanya layak berteman. Tidak lebih dari itu. Aku cuba beri hati aku yg hancur luluh itu utk insan lain. Insan yg aku kira menghulurkan tangan memimpin aku tika aku jatuh terduduk. Walaupon aku xlama dgn insan itu..tp..sekurang2nya dia pernah buat aku bangun tika aku jatuh..tika air mata jadi teman setia. Perkabaran itu sampai kat ko. Ko tuduh aku lari dari ko sebab dia. Kononnye aku curang dibelakang ko dan sengaja mencari kesalahan ko tok menutupi kesalahan aku. Bile kisah aku dan sidia kecundang sampai kepada kau..dengan megah kau katakan itu balasan atas apa aku lakukan. Kononnya kata kau..biar aku rasa ape kau rasa.

Aku diamkan diri. Sebab aku tau ko xkan mengaku dan xkan pernah lakukan itu. Ko tuduh aku macam2. Kata kau..aku perempuan yg jahat. Kata kau aku xlayan dikasihi. Kata kau aku pandai bermanis mulut. Kata kau aku membuat onar dibelakang ko dan meletakkan semua kesalahan dibahu kau sedangkan hakikatnya aku yg bersalah. Itu kata kau. Tapi pernah kau fikir semula ape yg kau buat pada aku? Pernah? Kau kira aku xberperasaan? haros menelan tiap tindakan kau?

Pernah kau fikir...lepas ape yg kau buat pada aku..ade aku sisihkan kau? Aku ttp terima kau sebagai sahabat. Sbb bg aku kalo kite xbleh lebih dr sahabat..xkan mahu bermusuh...

Baru-baru ini...kau kol aku walaupon aku xjawab. Ko sms aku dgn kata-kata kononnye aku xmahu berkawan dgn kau. Aku diam. Kau tego aku d ym..dan...betol! Ko xpernah berubah dan terus-terusan memandang aku dgn pandangan hitam.

Mungkin salah aku..mengaku aku punya 2 kekasih. Tp..aku xbetah utk menipu dan aku xdiajar menipu. Tapi..tolong jgn ajar aku menipu jugak. Kau tuduh aku sebagai org yg xpernah berubah. Kau kata aku ttp xpernah belajar dari kesilapan. Kau kata aku xpernah kenal apa itu setia. Kemuncaknya..kau tanyakan tidak marahkah encik2 kekasih dgn situasi sekarang?

Aku katakan..aku direstui utk melakukan itu. Aku xpernah menipu mereka. Mereka tau situasi aku. Kami saling menjaga satu sama lain. Aneh di fikiran org lain barangkali. Nah! kali ini encik-encik jantong aku pulak ko tuduh. Kau tuduh mereka juga punya kekasih yg lain sebab menginzinkan ape yg sdg terjadi. Aku balas dgn lembut. Kataku aku xpernah berfikir buruk terhadap mereka dan aku xmahu memikirkannya. Kau semakin hebat tertawa. Kau kata aku bodo. Mempercayai org lain semudah itu. Aku senyap.

Kau ungkit satu persatu kisah dl. Kisah yg buat aku jatuh. Kisah yg kononnye aku pergi dari kau sebab aku sudah ade seseorang dibelakang aku walau hakikatnya kau yang lakukannya terhadap aku.

Kini...aku pasti...cukup2lah kau perkotak-katikkan aku. Kali ini aku nekad. Ko aku sudah aku setkan as invisible bukan saje dalam ym tp dalam idop aku jugak. Cukup! aku da muak!

0 telah itu ini: